Ellron Angin perintis utama pembangunan Kompleks Sukan daerah Sook 

KOTA KINABALU:  Cadangan pembinaan Kompleks Sukan Daerah Sook diluluskan oleh kabinet negeri Sabah pada tahun 2024 hasil usaha dan dorongan awal Datuk Ellron Angin sewaktu menjadi ADUN Sook dan Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Berdasarkan rekod, pada 25 April 2025, Ellron mengumumkan persetujuan kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan untuk pembinaan Kompleks Sukan Sook.

Menurut rekod itu, kerajaan negeri Sabah ialah pihak yang menyediakan peruntukan dan seterusnya melaksanakan projek itu.

Pada 28 April 2025, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut mengumumkan kompleks sukan tersebut sebagai antara pembangunan yang akan dibawa ke daerah Sook.

Mengikut perancangan awal, projek  pembinaan Kompleks Sukan Sook itu dijangka siap pada tahun 2029.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Jordan Jude Ellron, dalam lawatannya ke daerah Sook baru-baru ini, berharap pembinaan Kompleks Sukan Sook itu membuka lebih banyak peluang kepada penduduk setempat, khususnya golongan belia, untuk bergiat aktif dalam bidang sukan.

Menurutnya kompleks sukan yang bernilai RM15 juta it berpotensi menjadi venue utama untuk penganjuran pelbagai aktiviti dan program sukan di kawasan tersebut.

Jordan berkata, pembangunan kompleks sukan merupakan antara usaha murni kerajaan negeri untuk memajukan bidang sukan, termasuk di DUN Sook, sekali gus menjadi medan mencungkil bakat-baru dalam arena sukan.

Beliau juga menzahirkan sumbangan mantan Menteri Belia dan Sukan Negeri (Ellron) sebelum ini yang telah merintis jalan pembangunan kompleks sukan berkenaan dan berharap impian masyarakat daerah Sook selama ini akan menjadi kenyataan pada tahun 2029.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles