KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak BMU Kota Kinabalu akan menganjurkan Karnival Sukan Bola Sepak di padang SUKMA A dan B, dekat sini pada 11 Oktober depan.
Karnival Bola Sepak 9 Sebela, yang terbuka kepada belia Kota Kinabalu itu diadakan senpena Hari Sukan Negara.
Pengerusi Penganjur Ninewjo Newmond berkata kejohanan itu, antara lain, bertujuan menbantu mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini.
Selain itu, katanya ia bermatlamat mengeratkan hubungan muhibbah di kalangan belia yang menyertai kejohanan tersebut.
Ninewjo berkata johan akan membawa pulang RM2 000 dan medal, naib johan RM1,000 dan medal serta tempat ketiga RM400 dan medal.
Katanya pihak penganjur turut menyediakan hadiah trofi untuk anugerah istimewa – Penjaring terbanyak, Pengurus Pasukan terbaik dan Penjaga gol terbaik.
Orang ramai, pasukan bola sepak serta kelab-kelab sukan tempatan dijemput menyertai kejohanan ini sebagai usaha menyemarakkan sukan akar umbi.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi
Rayner – 0168274324 dan Molly – 01161282633.
