KETUA MENTERI UCAP TAHNIAH KEPADA KINABALU MEDIA SEMPENA KELUARAN KHAS HARI MALAYSIA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Hj Noor mengucapkan tahniah kepada kepada pengurusan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah (KOPEKS) kerana berjaya menerbitkan keluaran khas akhbar Kinabalu Media hari ini 16 Sept 2026 bersempena dengan Hari Malaysia yang ke-63.

Beliau sempat menurunkan tandatangan di atas muka depan akhbar tersebut sebagai momento terbitan sambutan 63 tahun Malaysia.

Akhbar keluaran khas tersebut disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah oleh Datuk Dr. Hj. Saat bin Hj Awg Damit, Pengerusi dan Buvil Angkui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KOPEKS di  lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu awal pagi ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles