Penstrukturan organisasi Gagasan Rakyat Kinabatangan buka lembaran baharu

Oleh Yussof J. Imbang

SANDAKAN: Penstrukturan organisasi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kinabatangan kelmarin membuka lembaran baharu landskap politik kawasan Parlimen terbesar di Malaysia itu.

Penyusunan semula Jawatankuasa Penaja Bahagian Kinabatangan menguji kepimpinan Naib Presiden parti itu, Datuk Masiung Banah yang dilantik Ketua Bahagian menerajui kepimpinan baharu menjelang Pilihan Raya Parlimen Ke-16.

Pembentukan Jawatankuasa Gagasan Rakyat Kinabatangan meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut, Sukau dan Lamag dilihat sebagai langkah stategik dan tunjang utama rakan komponen parti itu di pantai timur Sabah.

Mesyuarat penyusunan semula Ahli-ahli Jawatankuasa bahagian itu di Hotel Livingstone, Sandakan malam kelmarin menyaksikan perlantikan Datuk Juhari Janan dari DUN Sukau sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan Datuk Abu Bakar Gapar dari DUN Lamag dilantik sebagai naib.

Tiga tunggak utama sayap parti yang dilantik ialah Ketua Pergerakan Wanita, Jaliliah Apiang, Ketua Pemuda, Willy Frous Darinsok dan Farizatul Akma Abdul Rahman sebagai Ketua Beliawanis. 

Ikon media sosial, Aksyah Haji Nasrah turut dilantik menganggotai Gagasan Rakyat Kinabatangan sebagai Ketua Penerangan. Sementara Jamlin Kayatah dan Tokyo Hasim Saulid Kandan masing-masing dilantik Setiausaha dan Bendahari Bahagian.

Berikut adalah 38 anggota jawatankuasa bahagian Gagasan Rakyat Kinabatangan.

1. Ketua Bahagian – YB Datuk Masiung Banah.

2. Timbalan – Datuk Juhari Janan

3. Naib – Datuk Abu Bakar Gapar

4. Ketua Pergerakan Wanita – Jahiah @ Jaliliah Apiang

5. Ketua Pemuda – Willy Frous Daronsok

6. Ketua Beliawanis – Farizatul Akma Abdul Rahman.

7. Setiausaha – Jamlin Kayatah

8. Bendahari – Tokyo Abdul Hasim bin Salulid Kandan

9. Ketua Penerangan – Aksyah Haji Nasrah

10. Naib Ketua Wanita – Nurlisah Awang

11. Naib Ketua Pemuda – Badrul Hisham Juhari

12. Naib Ketua Beliawanis – Siti Khalidah Mahalil

 AHLI JAWATANKUASA

13. Azman Mastar

14. Kamrin Satah

15. Mahalay @ Mahali Jahaya

16. Johanis Mualas

17. Emerson Dawang

18. Matamin Etin

19. Juslee Arpah

20. Fazli Kubin

21. Japilan Gustim

22. Mokrey Kachurah

23. Willy Banah

24. Mahmud @ Abdul Manaf Amit

25. Joseph Noh

26. Johari Aklee

27. Amit Tunguk

28. Sunardi Suhaime

29. Damsah Hj. Kalbin

30. Muhamad Alwi Mahadi

31. Awang Bantan

32. Akop Manjah

33. Rusni Hj. Sungging

34. Kim Linupas

35. Sayafi Adnan

36. Arif Cassidy Saraon

37. Raz Bantiqle

38. Heuly Janadi Ramidin.

Sementara itu, Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut mahukan semua anggota jawatankuasa penaja melaksanakan tugas yang diamanahkan sebagai tanggungjawab kepada parti dan rakyat di peringkat bahagian.

Penstrukturan semua organasasi Gagasan Rakyat secara besar-besaran di Sabah melibatkan pindahan perlembagaan parti.

Langah strategik itu dilaksanakan bagi mengukuhkan jentera parti sebagai tunjang Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Gagasan Rakyat menukar asas struktur bahagiannya darioada kawasan DUN kepada kawasan Parlimen.

Struktur parti itu dirombak menjadi 26 bahagian baharu merangkumi Sabah dan Labuan berbandibg 74 bahagian sebelum ini.

Langkah itu diambil bagi menyatukan bahagian-bahagian kecil supaya lebih besar dan tersusun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles