Duta AS kunjungi gerai SAFMA di MAHA 2026

SERDANG: Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia David H. Gamble Jr. mengadakan kunjungan ke gerai pameran Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, di sini, semalam.

Kunjungan itu disambut Penolong Pengurus (Pemasaran) SAFMA, James Abin, yang turut menyantuni delegasi berkenaan sepanjang lawatan di gerai pameran.

Lawatan berkenaan memberi peluang kepada SAFMA memperkenalkan produk hasil perikanan Sabah, khususnya inisiatif Ikan Rakyat Sabah, selain mengetengahkan potensi industri perikanan negeri kepada pengunjung antarabangsa.

SAFMA menerusi penyertaan di MAHA 2026 terus mempergiat usaha mempromosikan produk perikanan Sabah serta memperluaskan jaringan pasaran dan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles