SAFMA SUMBANG IKAN RAKYAT SABAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG NUMBAK

Kapsyen: Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar, menyerahkan sumbangan Ikan Rakyat Sabah kepada PPM Karambunai, Nordin Ludah, untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran Kampung Numbak, Karambunai

KOTA KINABALU:  Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) tampil membantu meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Numbak, Karambunai, dengan menyerahkan sumbangan Ikan Rakyat Sabah.

Sumbangan itu diserahkan Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar, kepada PPM Karambunai, Nordin Ludah, untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian berkenaan.

Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan itu ialah wakil Persatuan Perikanan serta pemilik kapal Pantai Barat Sabah yang bersama-sama menjayakan usaha berkenaan.

Burhan berkata, sumbangan itu mencerminkan keprihatinan SAFMA dan komuniti industri perikanan terhadap nasib masyarakat yang ditimpa musibah.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa serta membantu memenuhi keperluan makanan harian mereka.

“Dalam keadaan seperti ini, sokongan dan keprihatinan daripada pelbagai pihak amat penting bagi membantu mangsa meneruskan kehidupan sementara menjalani proses pemulihan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Perikanan dan pemilik kapal Pantai Barat Sabah atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Menurutnya, SAFMA akan terus menyokong usaha kebajikan dan bantuan kemasyarakatan, khususnya ketika masyarakat berdepan bencana serta musibah.

.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles