Oleh Yusof J. Imbang
KOTA KINABALU: Selepas negara diancam wabak dadah ‘magic mushroom’ sejenis perisa rokok elektronik (vape), kini timbul lagi ancaman sintetik baharu dikenali sebagai ‘blackout atau zombi’.
Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, walaupun belum terdapat laporan kes bahan berbahaya itu di negeri ini namun pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Imigresen dan kastam mengawasi semua pintu masuk ke tanah besar Sabah.
Beliau mengesa pihak berkuasa keselamatan terutama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperketatkan kawalan fizikal dan logistik di semua pintu sampadan dari negara jiran.
” Mengikut laporan AADK, varian baharu dadah dilabelkan ‘blackout’ itu 100 kali lebih kuat daripada morfin. Dadah sintetik itu juga dikenalpasti telah memasuki pasaran gelap di negara ini.
” Cecair terlarang itu bukan sahaja boleh dijadikan perisa vape, tetapi turut dicampurkan dalam minuman atau makanan selain dititiskan pada batang rokok sebelum disedut, ” tegasnya.
Sembil mematik laporan AADK, Masiung berkata cacair “blackout atau zombi’ mengandungi dos berlebihan, di mana pengguna terlebih khayal dan pasif tidak sedarkan diri.
Bahan khayal itu juga dicampurkan dengan ketamin dan sejenis racun ‘psikotopik’ berbahaya kepada fizikal manusia.
” Pengguna akan hilang kewarasan dan hilang fikiran sekaligus menyerang saraf otak dan sistem fizikal.
” Kemasukan bahan terlarang itu ke negara ini merangkumi pelbagai taktik termasuk pengangkutan laut dan udara, ” tegas beliau.
Masiung tidak menolak kemungkinan bahan terlarang itu diproses oleh sindiket antarabangsa atau tempatan untuk pasaran gelap di negara ini.
Beliau menegaskan, sindiket berkenaan mungkin menggunakan pelbagai modus operandi termasuk penghantaran pos laju dan aplikasi atas talian untuk mengaburi pihak berkuasa.
