Rakyat Sabah diajak syukuri nikmat keamanan dan perpaduan kaum – Hajiji

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diajak mensyukuri nikmat keamanan dan perpaduan kaum yang sudah terjalin sekian lama.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata keadaan aman tersebut telah memastikan kehidupan yang harmoni di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Kita wajib mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada Malaysia, khususnya Sabah. 

“Kita masih menikmati keamanan dan perpaduan. Anakanak masih dapat menuntut ilmu, rumah-rumah ibadah terus dimakmurkan, masyarakat masih hidup saling menghormati, dan ekonomi terus bergerak membina harapan,” katanya.

Hajiji berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Program Wacana Pemikir Peringkat Negeri Sabah 2026 di Wisma Muis, dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Mohd Arif.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Samad Bin Jambri

dan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad.

Hajiji berkata, ketenangan itu bukan datang dengan sendiri, dan sebaliknya dibelakangnya terdapat usaha yang berterusan daripada Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa berikhtiar memelihara kestabilan, memperkukuh ekonomi, menjaga kebajikan rakyat serta mempertahankan keharmonian masyarakat. 

“Masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi, namun keamanan yang kita nikmati hari ini adalah nikmat yang tidak ternilai harganya,” katanya.

Hajiji berkata dunia hari ini sedang menyaksikan gelombang geopolitik yang semakin menggoncang kestabilan sejagat. 

“Di banyak negara, peperangan, krisis ekonomi, inflasi, konflik politik dan bencana kemanusiaan telah merampas ketenangan hidup rakyat. 

“Sesungguhnya ini adalah ujian daripada Allah SWT dan ujian ini hadir dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles