Oleh Yussof J. Imbang
BELURAN; Satu lagi inisatif pendidikan diperkenalkan kepada warga Tongod di mana pelajar tingkatan enam atas yang menuntut di luar daerah itu bakal menerima bantuan sokongan tunai RM200 seorang mulai hujung tahun ini.
Bantuan kewangan pelajar sumbangan Wakil Rakyat Kuamut itu sebelum ini telahpun berjalan di tiga buah sekolah menangah di daerah tersebut iaitu Sekolah Menengah Penangah, Tongod dan Entalibon
Menurut Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, bantuan itu bagi meringgan beban kewangan ibu bapa yang bekerja di luar Tongod sebagai persiapan anak mereka memasuki universiti.
Beliau mengumumkan berita gembira itu ketika meraikan pengundi luar majlis Kemenangan calon GRS Kuamut PRN Ke-16 di Dewan Kampung Toninting, Ulu Sapi Nangoh di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Masiung telah menyumbangkan tiga buah bas sekolah masing-masing satu buah di Sekolah Menengah Penangah, Tongod dan Entalibon di daerah Tongod.
Menurut Masiung, bantuan kewangan kepada pelajar Tongod di luar daerah bermula tahun ini sehingga tempoh perkhidmatan beliau berakhir selama lima tahun akan datang.
” Kita berharap bantuan kewangan itu akan dapat meningkatkan akses pendidikan kepada pelajar sekolah menangah di daerah Tongod.
” Iniastif bantuan ini akan disalurkan menerusi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut kepada tiga sekolah menangah utama di Tongod, ” katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kepada pelajar menengah khususnya calon peperiksaan tingkatan lima.
