Subsidi diesel di Sabah perlu diperincikan sesuai keperluan rakyat – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

BELURAN; Pelaksanaan subsidi bersasar BUDI diesel di Sabah dan Sarawak boleh mencetuskan isu serius jika polisi baharu itu tidak diperincikan semula selaras keperluan rakyat.

Pengerusi Backbencers Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah menegaskan isu kritikal itu tidak boleh dipandang ringan kerana dasar baharu itu boleh mengundang kebencian rakyat wilayah Borneo terhadap dasar baharu Persekutuan. 

Beliau ditemuai selepas menyentuni penduduk Tongod pada majlis Kesyukuran Pengundi Luar Kemenangan GRS DUN Kuamut di Dewan Kampung Tonoting Ulu Sapi Nangoh, semalam.

Tegasnya, kouta 200 liter bagi keluasan muka bumi jauh di Pedalaman ke bandar tidak sesuai bagi kedua-dua negeri ini dan mahu kerajaan Persekutuan menaikan pada kadar 300 hingga 500 liter bagi setiap kenderan diesel.

Menurut Masiung, bentuk muka bumi yang luas Sabah dan Sarawak tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri kecil di Semenanjung Malaysia.

Katanya, suara rakyat Borneo tidak boleh dipandang sebelah mata kerana kedua-dua negeri wilayah itu adalah pengeluar terbesar minyak negara.

Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, kesukaran rakyat menikmati subsidi diesel bersasar akibat syarat kelayakan terlalu ketat perlu diperhalusi.

Masiung mencadangkan supaya kerajaan melonggarkan syarat penjualan diesel kembali pada harga pukal dan diseragamkan seperti syarat subsidi petrol.

” Subsidi bersasar Budi Diesel lebih banyak memberi tekanan kepada pengguna kenderaan individu terutama di kawasan pedalaman.

” Kita menghormati usaha kerajaan Persekutuan mengurangkan ketirisan subsidi diesel, namun jarak rangkaian jalan raya kedua-dua negeri itu jauh berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia, ” katanya.

Menurut Masiung, kouta pengguna BUDI diesel di wilayah ini cuma 200 liter adalah kurang priktikal berdasarkan geografi muka bumi dan jarak perjalanan yang jauh dari kawasan perkampungan ke bandar-bandar utama.

Beliau memberi contoh, jarak perjalanan 5 hingga 6 jam penduduk dari kawasan beliau di Kuamut untuk berurusan ke Kota Kinabalu terpaksa menggunakan kira-kira 100 liter untuk perjalaan sehala. Jika berulang alik sudah 200 liter untuk sehari.

” Harus diingat kawasan Kuamut (daerah Tongod) lebih besar berbanding negeri Kedah dan hampir sama keluasan negeri Johor.

” Ramai pengguna terutama warga petani di kawasan luar bandar memiliki kenderaan bukan nama sendiri dan tidak layak memohon subsidi BUDI diesel kerana kenderaan mereka dibeli secara pinjaman syarikat atau kaedah sambung bayar.

” Sebahagian besar kawasan pedalaman tiada kemudahan jalan raya dan elektrik terpaksa menggunakan bot untuk pengangangkutan dan generator penganti tenaga letrik tidak dapat menikmati subsidi BUDI diesel dan terpaksa membeli dengan kadar ditetapkan RM3.97 seliter, ” tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles