Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas TYT 

KOTA KINABALU: Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Negeri, dekat sini hari ini.

Rombongan lapan orang AJK tertinggi KBDS, diketuai Presiden Datuk Lawrence Gimbang.

Turut serta Setiausaha Agung KBDS Petrus Guriting,  Penolong Setiausaha Agung Noemi Justin, Penolong Bendahari Agung Dato’ Webley Disim dan berapa orang  AJK Biasa termasuklah Dr. Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah,  Sitiamah Hj. Sahat dan Soguli Olid. Turut hadir juga ialah Constantine Anthony. 

Bercakap kepada pemberita kemudian, Lawrence berkata semasa kunjungan itu, beliau antara lain memberi penerangan tentang penubuhan Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah, terutama visi dan misi persatuan serta perincian pelbagai program yang sudah dirancang untuk dilaksanakan.

KBDS didaftarkan secara rasmi pada awal tahun 2022. Penubuhan persatuan itu didorong oleh kesedaran untuk memelihara dan menghidupkan kembali bahasa ibunda etnik Dusunik daripada terus pupus.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles