Pasukan England “Mengganas” di Rom

ROM, Itali – England menampilkan ‘kehebatan’ sebenar bola sepak apabila membelasah Ukraine 4-0 pada aksi suku akhir saingan Kejuaraan Euro 2020 yang berlangsung di Stadio Olimpico awal hari ini.

Advertisements

Dengan kemenangan bergaya itu, England berjaya menempah tiket ke pentas separuh akhir Euro 2020.

Pasukan Three Lions pimpinan Gareth Southgate itu akan bertemu pasukan Denmark yang terdahulu layak ke separuh akhir selepas menewaskan Republik Czech 2-1 di Stadium Olimpik, Baku.

Dengan status sebagai antara gergasi bola sepak Eropah, England banyak mengawal permainan dan bijak dalam menyempurnakan peluang.

Pada aksi suku akhir itu, Southgate membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan meletakkan Jadon Sancho dan Mason Mount untuk digandingkan bersama Raheem Sterling dan Harry Kane di jentera serangan.

Percaturan itu ternyata membuahkan hasil apabila England bermula garang yang menyaksikan Kane berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-4 selepas menyudahkan hantaran cantik daripada Sterling.

England yang dinobatkan sebagai juara dunia 1966 mula mengganas di babak kedua menyaksikan sepakan bebas Luke Shaw ditanduk masuk oleh Harry Maguire
pada minit ke-46.

Kane kemudian menghadiahkan England gol ketiga pada minit ke-50 manakala pemain tengah Jordan Henderson melengkapkan penguasaan The Lions selepas 13 minit berselang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles