Sambutan Rakyat Johor Terhadap PH semakin menyakinkan – Mustapha Sakmud

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan harapan (PH) setakat ini baik dan menyakinkan.

Beliau percaya pengundi-pengundi di negeri itu bijak memilai pencapaian kerajaan, khususnya kerajaan pusat selama lebih tiga tahun memerintah.

“Kerjaan pusat sebenarnya banyak membantu kerajaan Johor dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan juga projek-projek sosial di negeri itu. 

“Jadi kita harap dengan pencapaian ini akan memberi maklumat kepada pengundi-pengundi Johor tentang keseriusanan kerajaan Madani membangun dan melaksanakan projek-projek (yang dirancang) untuk kebaikan rakyat Johor,” katanya.

Mustapha berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Sukaneka Madani Bersama Belia di Dewan Komuniti Pomotodon, Inanam dekat sini hari ini.

Mengenai peluang PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata “masih terlalu awal untuk menjangka keputusannya”.

“Apapun kita serahkan kepada kebijaksanaan rakyat bangsa Johor untuk mereka menentukan kepimpinan negeri.

“Saya harap pentas politik ini kita gunakan untuk mengangkat manifesto masing-masing dan juga memberi penerangan kepada rakyat terutama pengundi tentang aspirasi parti dan juga kerjaan yang mereka dokong. 

*Jadi kita tidak mahu pentas politik ini dijadikan untuk menyerang pribadi…kita kena jauhkan daripada menyentuh isu-isu sensitif terutama yang melibatkan 3R. 

“Jadi biarlah kita adakan kempen secara sihat dan yang penting kita mengangkat identiti calon kita, manifesto calon kita dan juga menerangkan kebaikan mereka kepada rakyat yang bakal mengundi mereka,” katanya.

Mengenai program Sukaneka Madani Bersama Belia yang julung kali diadakan bagi Parlimen Sepanggar itu, Mustapha berkata pihaknya bercadang memperluaskan penganjuran program tersebut khususnya kawasan Parlimen Sepanggar.

Mustapha yang juga anggota Parlimen Sepanggar berkata Sukaneka Madani itu, antara lain, bertujuan memupuk perpaduan kaum, menyemai nilai-nilai murni, termasuk semangat muhibah dan hormat-menghormati,  serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti pelbagai lapisan masyarakat. 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles