KGKS mohon kerajaan semak semula had kouta subsidi diesel untuk warga pendidik di Sabah

KOTA KINABALU: l Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) memohon agar kerajaan menyemak semula had kuota subsidi diesel sebanyak 200 liter sebulan di bawah Program BUDI MADANI untuk warga pendidik di negeri ini.

Presiden KGKS Murkam Hj Hussien berkata pertimbangan itu wajar diberi perhatian memandangkan ramai guru-guru yang bertugas di Sabah menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau minyak diesel setiap hari terutama di kawasan luar bandar.

“Oleh itu, anggota KGKS berpendapat bahawa pengehadan kouta subsidi diesel akan memberi kesan kepada guru-guru terbabit yang berulang alik bertugas setiap hari, khususnya di luar bandar.

“Justeru, had kuota 200 liter sebulan dilihat tidak mencukupi untuk menampung keperluan sebenar mereka dan sebab itu, KGKS mohon kerajaan semak semula had ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Murkam, pelaksanaan Program BUDI MADANI wajar mengambil kira keadaan geografi Sabah, terutama daripada segi  jarak perjalanan yang jauh, kebergantungan terhadap kenderaan diesel serta cabaran infrastruktur di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Sebarang peningkatan kos diesel akhirnya akan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup warga pendidik, khususnya di kawasan luar bandar atau pedalaman,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga diesel bersubsidi ditetapkan pada harga RM2.10 seliter di seluruh negara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles