Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD; Tongod yang dikategorikan antara 10 daerah termiskin di Malaysia dijangka akan melalui perubahan besar apabila bandar baharu milinium bakal di bangunkan di sini.
Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, menegaskan satu kawasan seluas 1,000 ekar akan dimajukan untuk projek berimpak tinggi itu yang dilaksanakan menerusi kerjasama sektor swasta dan kerajaan negeri.
Cadangan itu telah umumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semasa merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tongod minggu lalu.
Sebelum itu Hajiji dan Masiung diberi taklimat oleh delegasi syarikat Corak Nahkoda Sdn Bhd diketuai Pengarah Urusanya di Sabah, Robin Lim mengenai cadangan pembangunan bandar baharu milinium itu.
Terdahulu Ketua Menteri merasmikan bangunan Mahkamah Anak Negeri Tongod sejurus sebelum merasmikan Pesta Kaamatan.
Syarikat Corak Nahkoda telah menyampaikan hasrat syarikatnya menyediakan tanah 1,000 ekar berdekatan Pekan Tongod untuk membangunkan projek mega yang terpenting di utara Sabah itu.
” 200 ekar daripada itu diperuntukan untuk membangunkan pusat pentadbiran kerajaan negeri, Persekutuan dan agensi kerajaan yang disusun berkonsepkan mini Putrajaya.
” Jabatan-jabatan kerajaan yang berselerak di daerah ini akan ditempatkan di pusat pentadbiran berkenaan yang dilengkapi dengan kemudahan digital dan teknologi maklumat, ” katanya.
Menurut Masiung, daerah Tongod sedang bersiap bersedia untuk fasa tranfomasi baharu berimpak tinggi yang bakal merubah wajah daerah ‘The Heart of Sabah’ itu.
Menurut pemimpin sinonim ‘Tatap Kalaga’ itu, cadangan bandar milinium ini melibatkan pembinaan beberapa deret bangunan kedai dua hingga empat tingkat, pusat belibelah, stesen minyak, pasaraya dan hotel.
Turut dibina termasuklah pusat perindustrian, perumahan kos sederhana dan mampu milik, hospital serta sekolah selain sebuah lapangan golf serta kemudahan reakriasi awam.
Pengerusi Kumpulan Sedco itu bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Corak Nahkoda dan pihak berkepentingan bagi menambah baik cadangan berkenaan sebelum draf perjanjian ditandatangani.
Mengulas lanjut, Masiung berkata, projek bercampur itu bakal merubah status Tongod yang didakwa tercorot sebagai daerah termiskin di negara ini.
Projek mega itu disasarkan untuk merancakan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan membuka ruang perniagaan kepada penduduk tempatan.
Bagaimanapun katanya, semua struktur projek yang bakal dilaksanakan belum dimuktamatkan sepenuhnya. Sebaliknya, akan memasukan beberapa projek lain yang difikirkan perlu untuk ekonomi rakyat.
Bandar baharu milinium ini akan menjadi tranfomasi moden bagi merapatkan jurang pembangunan terpanting di kawasan pantai timur Sabah.
Apabila terlaksana sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, Ia dijangka akan menutup tirai status daerah itu yang dikategorikan sebagai daerah termiskin.
