Kaamatan cermin kekayaan warisan budaya Borneo – Salleh

KOTA KINABALU: Pesta Kaamatan mencerminkan kekayaan warisan budaya Borneo yang menjadi sebahagian penting daripada identiti Malaysia, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurutnya Kaamatan melambangkan kesyukuran, perpaduan, penghormatan terhadap tradisi, serta semangat kebersamaan yang menjadi identiti unik Sabah. 

“Sama seperti Hari Gawai di Sarawak, Kaamatan mencerminkan kekayaan warisan budaya Borneo, katanya dalam perutusan Kaamatan 2026.

Salleh berkata keindahan Kaamatan terletak pada semangat keterbukaannya. 

“Walaupun diraikan bersama oleh masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang, perayaan ini tetap berakar daripada tradisi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR),” katanya.

Salleh berkata Kaamatan menyatukan rakyat melalui semangat hormat-menghormati, persahabatan dan muhibah. 

“inilah wajah sebenar Sabah dan Malaysia — berbeza budaya tetapi bersatu dalam keharmonian dan nilai bersama,” katanya.

Pesta Kaamatan diraikan sepanjang bulan Mei setiap tahun di Sabah sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang melimpah.

Pelbagai aktiviti, ritual tradisi, dan pertandingan kebudayaan seperti Unduk Ngadau dan Sugandoi diadakan di setiap daerah sepanjang bulan tersebut.

Sambut Kaamatan mencapai kemuncaknya pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, yang merupakan cuti umum di negeri Sabah

Related Articles

253FansLike

Latest Articles