Jadikan Aidiladha sebagai wadah kukuhkan perpaduan –  Victor

By JST

KOTA KINABALU: Rakyat pelbagai kaum dan agama di Sabah diseru untuk mempertahankan perpaduan dan keharmonian yang dinikmati sekarang.

Ketika membuat seruan itu, Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Borneo Samudera Sdn Bhd Datuk Victor P. Paut berkata kebahagian dan kadamaian

adalah asas penting untuk mencapai kesejahteraan hidup yang aman dan makmur.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Bahagian PGRS Tambunan mengajak rakyat 

menjadikan Hari Raya Aidiladha sebagai landasan untuk menyebarkan rasa penuh kasi sayang, bermaafan dan mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga, sahabat dan saudara mara.

“Semoga setiap doa yang kita panjatkan dihari yang penuh berkat ini membawa kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita semua.

“Meskipun perayaan ini adalah khusus kepada penganut agama Islam, namun merayakannya secara bersama sudah menjadi amalan kita semua sejak zaman berzaman,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha 2026.

Menurut Victor, Hari Raya Aidiladha merupakan hari yang terbaik untuk rakyat semua bermuhasabah dan memperbaiki diri.

“Aidiladha juga adalah masa yang sangat istimewa bagi seluruh umat Islam di serata dunia dan tidak terkecuali di negara kita, khususnya di Sabah, dimana ianya mengingatkan kita tentang erti pengorbanan dan kesabaran,” katanya.

Victor turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles