Inisiatif KBBM platfofrm perluas promosi dan pasaran barangan gtempatan

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini menganjurkan Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu. 

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program ini merupakan antara strategi di bawah inisiatif Kita Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Kayanya, objektif utama penganjuran program ini adalah sebagai platform pemasaran dan promosi yang menghimpunkan pelbagai pemain industri tempatan sekali gus menjadi pemangkin pengukuhan permintaan dan kebolehpasaran barangan Malaysia. 

“Ia merangkumi pelbagai segmen termasuk makanan dan minuman (F&B), gaya hidup, kecantikan, fesyen, kraf tangan dan perkhidmatan daripada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sehingga jenama premiumtempatan,” kata pada sidang media di SICC hari ini.

Armizan berkata, pengisian program melibatkan pelbagai reruai jualan oleh usahawan tempatan, pameran dan kaunter perkhidmatan oleh agensi-agensi kerajaan dan rakan strategik KPDN serta Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM).

Selain itu, katanya satu sesi forum dan bicara keusahawanan telah dilaksanakan bersama Persatuan Inspirasi Wanita Sabah yang melibatkan seramai 500 peserta. 

“Penganjuran Inspirasi Beli Barangan Malaysia di Kota Kinabalu ini merupakan siri pertama daripada lima siri yang akan dianjurkan bagi tahun ini (2026),” katanya.

Sementara itu, Armizan memberitahu bahawa pelaksanaan penyaluran subsidi bahan api diesel bagi sektor pengangkutan darat barangan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. 

Katanya, fasa awal peluasan ini melibatkan permohonan pendaftaran menyertai SKDS bagi syarikat-syarikat sektor pengangkutan darat barangan di ketiga-tiga wilayah bermula 4 Mei 2026 lalu. 

Katanya, permohonan untuk mendapatkan manfaat subsidi diesel bagi sektor pengangkutan ini boleh dibuat melalui portal MySubsidi di pautan mysubsidi.kpdn.gov.my.

“Di bawah pelaksanaan SKDS semasa, 23 kategori kenderaan pengangkutan darat barangan layak menikmati harga subsidi diesel. 

“Kadar harga subsidi semasa bagi SKDS sektor pengangkutan darat barangan ialah RM2.15 seliter.

“Pada masa yang sama, Kerajaan juga akan terus memperkukuh aspek kawalan dan penguatkuasaan bagi mekanisme penggunaan fleet card dalam penyaluran subsidi bahan api melalui Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS). 

“Ini termasuk memperkukuh kerangka perundangan berkaitan kawal selia barang kawalan bersubsidi,” katanya.

Armizan berkata,  KPDN sedang merangka cadangan penggubalan peraturan khusus di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mewujudkan suatu kerangka perundangan yang lebih jelas, menyeluruh dan teratur bagi pelaksanaan, pengawalseliaan serta penguatkuasaan penggunaan fleet card. 

“Antara lain peraturan ini akan melibatkan aspek tanggungjawab pemegang fleet card dan syarikat minyak serta kesalahan dan hukuman bagi sebarang bentuk penyalahgunaan subsidi. 

“Tindakan ini diambil susulan wujudnya modus operandi melibatkan ketirisan dan penyelewengan diesel dan petrol melalui penyalahgunaan fleet card,” katanya.

Katanya,  sejak 2023 sehingga 14 Mei 2026, sebanyak 223 fleet card di bawah pelaksanaan SKDS dan SKPS telah disekat.

“KPDN akan terus memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan diperingkat lapangan dan mana mana pihak yang menyalahgunakan fleet card bagi tujuan penyelewengan subsidi diesel dan petrol akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles