KOTA KINABALU: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) terus komited untuk membela nasib golongan guru di negeri ini.
Presiden KGKS Murkam Hj Hussien berkata KGKS juga sentiasa menyokong usaha meningkatkan profesionalisme dan kebajikan guru agar dapat terus berbakti dengan cemerlang.
“Sesungguhnya guru memainkan peranan penting dalam arena pendidikan dan
saya ingin menegaskan bahawa KGKS akan terus memperjuangkan hak, kebajikan, dan suara pendidik di Sabah,” katanya.
Murkam berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Guru 2026 – bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara” di sini hari ini.
Beliau berkata tugas guru penuh dengan cabaran, dan oleh itu, para guru perlu menguasai teknologi maklumat dan kecerdasan buatan selain serta menyesuaikan diri arus pemodenan pendidikan.
Murkam turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik di Sabah.
