KOTA KINABALU: Serombongan pegawai tertinggi Lembaga Lada Malaysia (MPB) melakukan kunjuan hormat ke atas Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu Dato’ Victor P. Paut di sini baru-baru ini.
Rombongan tersebut diketuai Pengarah Wilayah Sabah, Tuan Lee Shiaw Tong bersama pegawai-pegawai lain iaitu Tuan Rema Anak Jalil, Penolong Pengarah, serta Tuan Yasier Bin Rahim, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi.
Kunjungan hormat itu, antara lain, bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Lembaga Lada Malaysia dan pihak Sawit Kinabalu, khususnya dalam aspek pembangunan sektor pertanian serta peluang peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar di Sabah.
Dalam sesi perbincangan tersebut, pihak MPB turut berkongsi pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan kepada para petani lada di Sabah bagi tahun 2026.
Antara bantuan dan geran yang boleh dipohon oleh petani ialah
* Bantuan penanaman baru lada
* Bantuan input pertanian seperti baja dan racun
* Geran pembangunan kebun lada
* Bantuan sistem pengairan dan infrastruktur kecil ladang
* Program latihan dan pembangunan kemahiran pekebun lada
* Bantuan pemasaran dan peningkatan kualiti hasil lada
* Program sokongan keusahawanan bagi usahawan lada tempatan
Sementara itu Victor, dalam pertemuanl tersebut, menyambut baik usaha MPB dalam membantu para petani di Sabah dan berharap lebih ramai masyarakat luar bandar dapat memanfaatkan peluang bantuan serta program yang disediakan demi meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan keluarga.
Pertemuan berkenaan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama demi memperkukuhkan pembangunan sektor pertanian negeri Sabah.
