Lawatan PMX ke Sabah hari ini jadi tumpuan seluruh rakyat – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU; Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah hari ini dijangka menjadi tumpuan seluruh rakyat negeri ini berhubung semakan terbaharu tuntutan hasil bersih Sabah 40 peratus.

Pengerusi Backbencer (BBC) Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Masiung Banah berkata, rakyat Sabah menaruh harapan tinggi agar Perdana Menteri membawa ” berita gembira ” susulan dua kerangka utama tuntutan cukai semasa yang tidak dipertikaikan dalam mesyuarat terkini Jawatankuasa Teknikal Pelaksànaan Perjanjian Malaysia (MA63).

Anwar kini dalam rangka lawatan singkat di Sabah dan dijadualkan melawat Pulau Banggi hari ini bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, lawatan Anwar ke Sabah kali ini amat dinantikan berhubung dua eleman utama tuntutan hasil negeri bernilai RM3.019 bilion yang tidak dipertikaikan sepertimana dimuktamadkan dalam Persidangan DUN Sabah pada 27 April lalu.

” Pendirian kerajaan negeri berhubung kerangka terbaharu itu jelas, sepertimana usul yang dibantangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun pada persidangan DUN dua minggu lalu.

” Hasil cukai dua komponen itu perlu dimulakan dengan bayaran segera oleh kerajaan Persekutuan menerusi kutipan cukai kastam dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tegasnya.

Masiung yang juga ADUN Kuamut menegaskan, cukai yang tidak dipertikai jumlahnya hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum meneruskan rundingan bagi cukai-cukai lain yang masih dalam proses perbincangan. 

Menurut beliau, pengumuman Perdana Menteri berhubung perkara itu penting bagi seluruh rakyat Sabah sebagai mekanisme kerajaan Madani menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 tidak lama lagi.

Pengerusi Kumpulan Sedco itu menegaskan, berdasarkan anggaran semasa, 40 peratus bahagian Sabah daripada kutipan cukai merangkumi kira-kira RM7.547 bilion daripada cukai Kastam dan LHDN, maka pemberian Khas Sabahbadalah RM3.019 bilion.

Masidi ketika mengusulkan tuntutan itu di DUN menjelaskan, kerajaan negeri telahpun menghantar surat rasmi kepada Putrajaya pada 10 April lalu bagi menuntut bayaran 40 peratus daripada dua komponen tersebut terlenih dahulu.

Isu tuntutan 40 peratus Sabah kekal menjadi agenda utama rundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, khususnya melibatkan komponen hasil yang masih dipertikaikan termasuk apa yang dirujuk sebagai “lost years” sejak 1974.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles