Kerajaan Madani tidak tolak kemungkinan naikkan amaun Pemberian Khas kepada Sabah dalam Bajet 2027 – Mustapha Sakmud

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan amaun pemberian khas kepada Sabah dalam Bajet 2027 Oktober depan –  sementara menunggu proses rundingan tuntutan 40% hasil Sabah selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, bagaimanapun, berkata ia tertakluk kepada kedudukan ekonomi negara pada ketika itu.

“Jikakeadaan ekonomi mengizinkan, saya fikir tidak ada masalah untuk  menambah Pemberian Khas kepada Sabah,” katanya.

Mustapha berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Sepanggar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar, dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perbahasan di sidang DUN Sabah baru-baru ini yang menyaksikan majoriti ADUN membangkitkan

isu tuntutan hak 40 peratus hasil Persekutuan yang diperoleh dari Sabah, serta menuntut agar isu itu diselesaikan secepat mungkin.

Mustapha menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ADUN Sabah yang telah membahaskan perkara itu dalam sidang DUN.

“Kita mendengar dan meneliti perkara ini dan saya sendiri telah berbincang dengan YAB Perdana Menteri untuk memberi maklumat kepada beliau bahawa isu ini hangat dibincangkan di sidang DUN.

“Perkara ini juga kita bincangkan dalam mesyuarat kabinet (Persekutuan) minggu lepas,  dan kabinet akan buat keputusan (berhubung perkara ini),” katanya.

Sementara itu, Mustapha menasihati semua bakal-bakal Haji supaya sentiasa berjaga-jaga dan mendengar nasihat dan arahan terutama daripada Tabung Haji dan  kedutaan luar negeri susulan situasi keselamatan di Timur Tengah yang tidak menentu, khususnya ketegangan serantau yang menjejaskan pergerakan.

Beliau berkata seramai 55 jemaah Haji dari Parlimen Sepanggar akan berlepas ke Tanah Suci pada 11 Mei ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles