Aktivis sosial, Penasihat PPDJS, Zaki Susanto dilantik BOD Lembaga Padi dan Beras Sabah

KOTA KINABALU: Aktivis sosial dan Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS) Mohd Zaki Harry Susanto melakar detik manis dalam penglibatannya khasnya dalam bidang penguatkuasaan apabila dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah (BOD) Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) yang baharu.

Beliau merupakan antara empat ahli BOD baharu yang menerima watikah pelantikan dari Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar yang juga pengerusi LPBS di pejabat kementerian itu pada Isnin.

Menurut Zaki, 52, sebagai ahli BOD beliau diberikan peranan untuk membantu ibupejabat LPBS memperkasakan penguatkuasaan dan kawal selia agensi kerajaan negeri itu.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Menteri atas kepercayaan dan amanah yang diberikan.

“Ini adalah satu penghormatan besar dan saya anggap ini sebagai satu peluang terbaik untuk menyumbang bakti dan pengalaman, terutama dalam aspek penguatkuasaan,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Anak jati Tawau itu pernah memegang jawatan pegawai kanan polis selain pernah menjadi Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia di sebuah badan berkanun di bawah salah sebuah kementerian di peringkat persekutuan sebelum ini.

Zaki juga merupakan bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Tanjung Batu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles