Kokurikulum sukan turut bentuk sahsiah pelajar – Victor

Oleh JT

TAMBUNAN: Pembangunan sahsiah pelajar bukan sahaja bergantung kepada akademik semata-mata, tetapi juga kepada aktiviti kokurikulum seperti sukan. 

Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Sdn Bhd, Datuk Victor Peter Paut berkata, sukan bukan sekadar medan untuk menentukan siapa yang menang atau kalah. 

“Lebih daripada itu, sukan adalah platform untuk membentuk sahsiah, disiplin, semangat berpasukan, serta daya tahan diri. Nilai-nilai inilah yang akan menjadi bekalan penting kepada anak-anak kita dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan majlis penutupan Sukan St. Martin Tambunan Kali Ke-56 2026, di sini baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengetua SM St. Martin Tambunan, barisan pentadbir sekolah, guru-guru serta para ibu bapa.

Victor menyatakan penghargaan diatas usaha St. Martin Tambunan dalam memperkasa bidang sukan dan wajar diberikan sokongan yang berterusan. 

Sehubungan itu, beliau meluluskan sumbangan dana sebanyak RM9,000 kepada sekolah ini. Daripada jumlah itu RM8,000untuk perbelanjaan kemajuan sukan dan RM1,000 untuk Penyertaan Pasukan Koir SM St. Martin Tambunan ke 3rd Jesselton Choir Festival 2026. 

Beliau berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan kemudahan sukan serta menyokong pembangunan bakat pelajar di sekolah ini 

“Saya percaya, dengan kemudahan yang lebih baik, lebih ramai pelajar akan berpeluang untuk menyerlahkan potensi mereka, bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Victor, yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada St. Martin Tambunan , khususnya jawatankuasa penganjur, para guru, serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan temasya sukan pada tahun ini. 

Katanya, penganjuran acara seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun hasil kerjasama dan komitmen semua pihak, ia telah berlangsung dengan begitu meriah dan tersusun. 

“Kepada para pelajar, saya ingin berpesan jadikanlah pengalaman sepanjang temasya sukan ini sebagai satu pengajaran yang berharga. Kemenangan bukanlah segala-galanya, dan kekalahan pula bukanlah pengakhiran. 

“Apa yang lebih penting ialah usaha, semangat juang, dan keazaman untuk terus mencuba. 

“Ingatlah, kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan pengorbanan, latihan yang berterusan, serta sikap tidak mudah berputus asa. 

“Jika hari ini anda tidak berjaya, jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk bangkit dengan lebih kuat pada masa akan datang. 

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dalam pelbagai acara yang telah dipertandingkan. Kejayaan anda adalah hasil usaha keras dan dedikasi yang tinggi. 

“Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa anda tetap hebat kerana berani mencuba dan menyahut cabaran,” katanya.

Victor berkata, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelajar saling menyokong, menghormati lawan, dan bermain dengan penuh integriti amat mengkagumkan. 

Inilah semangat yang perlu kita pupuk dan kekalkan,” katanya dan berharap semangat kesukanan yang telah dipupuk akan terus subur dalam diri setiap pelajar. 

Beliaun turut menasihati para pelajar untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengejar impian. “Jadilah generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam sahsiah dan kepimpinan,” katanya.

Selepas majlis itu, Victor kemudian meluangkan masa menghadiri dua lagi majlis iaitu penyampaian sumbangan kepada Encik Benjamin kg. Patau dan menghadiri majlis perkahwinan di TVRC.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles