KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Beliau berkata tiada syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
“Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang disiarkan secara di media elektronik dan media sosial hari ini.
Muhyiddin berkata permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.
“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan,” katanya.