Pengusaha Bot Laju Menumbok Zahir Penghargaan Kepada Kerajaan Negeri

Oleh : Jaafar Abd Wahid

Advertisements

MENUMBOK: Persatuan Penambang Bot Laju Menumbok (PPBLM) menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah menghulurkan sumbangan kepada ahli-ahli persatuan tersebut yang terkesan sumber pendapatan susulan penularan pandemik COVID-19 .

Pengerusinya Mohamad Sait berkata, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, pengusaha Bot penambang laju Menumbok sudah mula terkesan meskipun ketika itu mereka masih boleh beroperasi “tetapi tidak sepenuhnya”.

Menurut beliau selepas pilihanraya negeri ,PKP 2 dan PKP 3 dikuatkuasakan yang menyaksikan saat paling getir kepada penguasa yang melibatkan seramai 130 orang termasuk pekerja dimana mereka sudah tidak beroperasi menyebabkan mereka terputus sumber pendapatan harian.

“Alhamdulillah kerajaan negeri amat prihatin melalui beberapa agensi hari ini tampil mengulurkan sumbangan, kami amat berterima kasih khususnya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd Arifin Arif yang amat cakna dengan nasib kami selain beberapa individu yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ahli-ahli kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan tersebut di sini pada Isnin,

Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd.Arifin Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury, Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Ongki, Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah Salman Nurilah, Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim.

Di majlis tersebut, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah menyumbang sebanyak RM13,000.00 Bahagian Zakat dan Fitras Majlis Agama Islam sabah RM5,000.00 selain sumbangan bakul makanan dari Yayasan Dakwah Malaysia Cawangan Sabah (YADIM) dan juga seorang penguasa acara dari SR Events Production Haji Sharom Abd. Ghaffae yang turut menyumbangkan baucer untuk pembelian barangan.

Mohamad berkata dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli persatuan dan keluarga mereka yang banyak bergantung kepada aktiviti tersebut.

Beliau turut menzahirkan harapan agar mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan “One Off” dibawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang diumumkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

“Penularan pandemik virus COVID-19 tidak akan secepat itu berakhir apatah lagi ketika ini Labuan terjejas teruk dengan penularan tersebut menyebabkan bot kami tidak dapat beroperasi ke sana,” tambah Mohamad

Sementara itu, Arifin ketika ditemui selepas majlis tersebut, berkata sumbangan tersebut disumbangkan oleh Syarikat yang berkaitan Kerajaan (GLC) dibawah program tanggungjawab sosial mereka untuk sama-sama membantu rakyat di negeri ini yang terkesan dengan PKP berikutan penularan pandemik COVID-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles