Umno Beri Kata Dua Kepada kerajaan PN

KOTA KINABALU: Susulan titah Yang di-Pertuan Agong supaya sesi parlimen segera dibuka semula, Umno hari ini memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional bagi memulakan langkah membuka parlimen.

Advertisements

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan, berkata tempoh yang diberikan itu bermula hari ini.

Ahmad Zahid berkata kegagalan kerajaan PN melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong merupakan perbuatan tidak menghormati institusi istana.

Beliau berkata jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, majlis tertinggi parti itu akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan selanjutnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles