Masiung syor KTYS selitkan jurusan AI dalam kurikulum latihan

Oleh Yussof J. Imbang 

KOTA KINABALU: Institusi pendidikan tinggi tempatan tiada pilihan selain menerima inovasi baharu kecerdasan pintar (AI) namun menuntut negara mengubal akta kawalan keselamatan aksis digital.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kuamut, Datuk Masiung Banah, membangkitkan terhadap kebimbangan negara menangani kekurangan lebih 10,000 jurutera pakar AI tempatan.

Menurutnya, walaupun terdapat universiti tempatan menubuhkan fakulti AI, tetapi institusi seperti Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) boleh merentasi jurusan AI dalam kurikulum latihan supaya anak-anak kelahiran Sabah lebih ramai menguasai teknologi baharu itu.

Selain KYTS pusat latihan seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga mampu menubuhkan bidang AI sebagai modul baharu dalam akademik.

Mengulas lanjut, Masiung menegaskan pelatih tidak hanya ditumpuhkan kepada aspek teknikal, tetapi mereka perlu dibentuk dengan jati diri, sahsiah serta nilai moral.

“Bakat dan inovasi di kalangan anak Sabah perlu diketengahkan untuk menguasai teknologi tinggi AI bagi memenuhi permintaan pembangunan negeri ini.

“Kepakaran tinggi AI harus dimenfaatkan seiring peredaran masa, tetapi nilai moral kemanusiaan tidak boleh diketapikan tanpa undang-undang, ” tegasnya.

Masiung berkata, AI kini mempunyi pengaruah luas di seluruh dunia seiring dengan revolusi industri dalam tadbir urus pembangunan sesebuah negara.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa membangunkan teknologi berasaskan AI merentasi universiti dan institusi pengajian tinggi awam.

Beliau mahu anak-anak muda khususnya di Sabah menyertai bidang kecerdasan AI bagi memenuhi kekurangan pakar dan jurutera dalam teknologi pintar itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles