Penduduk mahu projek korek parit dan sungai Rampayan Menggatal dipercepat untuk atasi banjir kilat

KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Rampayan Menggatal mendesak agar projek korek parit dan sungai atau Projek Tebatan Banjir Rampayan dipercepatkan kerana ia dipercayai menjadi punca utama banjir kilat selain masalah air bertakung yang menjejaskan kehidupan harian, terutama di musim hujan.

Wakil penduduk kampung berkenaan, Aris Ramlie berpendapat sudah tiba masanya kerajaan, termasuk anggota Parlimen Sepanggar bertindak secara tuntas untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah yang tidak berkesudahan itu.

“Masalah banjir di kampung Rampaian ini bukan baharu. Setiap kali hujan lebat yang agak lama, banyak rumah penduduk kampung di sini yang akan dinaiki air.

“Kami penduduk kampung Rampaian sudah berulang kali memohon dan merayu-rayu kepada pihak kerajaan menyegerakan kerja=kerja pengorekan parit dan sungai Rampaian tetapi sampai sekarang tiada perubahaan yang ketara.

“Janji demi janji dilafazkan untuk memperbaiki keadaan, namun keadaan tidak berubah…kita harap kali ini kerajaan serius tolong kami dan bukan sekadar janji tarang bulan,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Sementara itu, Aris menyambut baik kesungguhan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud menangani masalah banjir di kampung Rampayan yang merupakan antara kawasan yang teruk dilanda banjir baru-baru ini.

Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dipetik sebagai berkata bahawa, usaha menangani masalah banjir di kawasan berkenaan sedang giat dilaksanakan menerusi Projek Tebatan Banjir Rampayan yang kini dalam pembinaan.

Menurut Mustapha, peruntukan bagi Projek Tebatan Banjir Rampayan Fasa 2 turut telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai kesinambungan kepada langkah penyelesaian jangka sederhana dan panjang bagi masalah banjir di kawasan terbabit.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles