Jeffery Nor Mahu Ketua Menteri Campur Tangan Isu Kebajikan Penduduk Kg Sembulan Di Ambang Rumah Mereka Diroboh

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Nohamed memandang serius dan menzahirkan rasa simpati terhadap nasib penduduk Kampung Sembulan yang rumah kediaman mereka bakal dirobohkan. 

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, sekurang-kurangnya 106 rumah di Kg Sembulan terlibat dengan perobohan itu.

Sehubungan itu, Jeffery merayu Ketua

Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor supaya  campur tangan mendepani isu ‘kebajikan penduduk Kg Sembulan’ yang terkesan itu.

“Pelan pemindahan atau pampasan perlu jelas kepada penduduk terbabit. Adakah  mereka akan diberi penempatan lain atau diberikan ganti rugi,” katanya.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri perlu memperjelaskan secara terperinci soal kebajikan penduduk yang terkesan dan bagaimana mengatasinya.

Jeffery, yang vokal memperjuangkan nasib penduduk Kg Sembulan terbabit, juga memohon supaya tiada penduduk lain di kg Sembulan turut terkesan dengan perobohan itu pada masa ini dan akan datang 

“Soal tanah ini akan dibangunkan bukan persoalannya tapi bagaimana kerajaan negeri mahu bertanggungjawab dengan nasib penduduk-penduduk d sini (Sembulan).

“Kita mohon sebelum berlaku apa-apa perobohan, satu perbincangan ‘final’ dgn penduduk-penduduk atau pemilik-pemilik rumah d sini diadakan. 

“Kita mahu pendekatan menang-menang dapat laksanakan.. jadi mohon tangguh dulu perobohan ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles