Dionysia pelawa Dr Jeffrey, Victor dan calon lain DUN Tambunan sertai pidato pentas terbuka di Pisompuruan Square Tambunan sebelum PRU DU (Sabah) 29 Nov

KOTA KINABALU: Calon Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) Dionysia Ginsos mengsyorkan agar dapat diadakan satu acara pentas terbuka bagi tujuan pidato terbuka antara calon-calon yang bertanding bagi DUN Tambunan dalam Pilihan Raya Umum, Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU (Sabah) 17). 

“Semua wakil parti boleh menghubungi saya untuk mengatur masa dan ketetapan tarikh yang dipersetujui,” katanya selepas menghadiri taklimat PRU DU 17 hari ini.

Antara tokoh yan sudah diumumkan sebagai caloh oleh parti masing-masing bagi DUN Tambunan ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan mewakili STAR dan Dato’ Victor P Paut – calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut lontaran idea Dionysia, pidato terbuka yang bakal diadakan itu harus berkisar pada misi dan visi semua calon-calon baharu yang bertanding  dan bagi pemimipin yang pernah menjadi wakil rakyat Tambunan untuk tujuan khas PRU DU (Sabah) 17 bagi N.39 Tambunan.

“Pidato terbuka ini lebih kepada memberi penerangan kepada rakyat tentang manifesto, dasar serta prinsip setiap parti yang bertanding dan memberikan penjelasan kepada rakyat Tambunan,” katanya.

Dionysia berkata langkah itu diyakini dapat memberi peluang kepada rakyat untuk mendengar dan menilai dasar yang akan diketengahkan.

“Ia juga memberi peluang kepada warga Tambunan, terutama pengundi muda meneliti apa juga visi dan misi calon-calon dan bukan semata-mata menjadikan acara debat politik itu sebagai medan menabur janji kosong atau janji tarang bulan,” katanya. 

“Pentas terbuka seumpama ini tidak pernah lagi diadakan di Tambunan, apa salahnya kali ini kita buat?”, katanya sambil menambah syor itu adalah selaras dengan prinsip demokrasi.

Dionysia, yang bertanding di Tambunan atas tiket Parti Kerjasama Anak Negeri dengan slogan, “KUASA DI TANGAN RAKYAT TAMBUNAN – SUARA KITA, MASA DEPAN KITA” mengajak semua rakyat di Tambunan, terutama generasi muda supaya berani melakukan perubahan demi masa depan yang lebih adil untuk semua.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles