Parti ANAK NEGERI Umum 26 Calon PRU Sabah

Gambar: Presiden ANAK NEGERI Datuk Henrynus Amin (kiri) bersama calon Tambunan Dionysia Ginsos (kanan)

PENAMPANG: Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) mengumumkan 26 calon yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sabah pada 29 November.

Pengumuman itu dibuat Presiden ANAK NEGERI Datuk Henrynus Amin di sini hari ini.

Calon-calon itu ialah Datu Abdul Razak Datu Abdul Salam (Banggi), Orong Sahap (Bengkoka), Awang Karim Abdul Kadir (Tanjung Kapor), Priskila Akwila Senim (Kadamaian), Arthur Erik Lee (Tamparuli), Trevor Kenneth Maringking (Kiulu), Joseph Linggian @ Joseph Chong (Inanam), Lam Hon Ket (Likas), Wong Cheng Chee (Tanjung Aru), Sabrezani Sabdin (Petagas), Mil Kusin Abdillah (Tanjung Keramat), Wong Kong Fooh (Kepayan), Kathrine Jikinon (Moyog), Julianus Moncigil (Limbahau), Ag Damit @ Ag Sahzain Abd Razak (Pantai Manis), Nazarul Khaiwala Wahab (Kundasang), Shariffuddin @ Sapie Yusin (Karanaan), Rubica Gabayoi (Paginatan), Dionysia Ginsos (Tambunan), Nuralizah Lee Abdullah (Labuk), Hasman Sagaran (Sulabayan), Zakaria @ MD Jakaria (Bugaya), Mariane Sulaiman (Kukusan), Sahiran Untai (Sebatik) Bani Millang (Senallang) dan Berahim Laugga (Sugut).

Henrynus berkata calon-calon dipilih terdiri daripada gabungan pemimpin berpengalaman dan muka baharu yang diyakini mampu memperjuangkan hak dan suara rakyat Sabah.

Katanya antara misi utama parti itu ialah membantu kerajaan mencari solusi masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Berdasarkan Statistik Utama Penduduk Malaysia dan Negeri 2020 hingga 2024, terdapat seramai 27.88 peratus atau 1,043,400 penduduk Sabah adalah bukan warganegara.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 233,000 berbanding pada tahun 2020 iaitu seramai 810,4008.

Henrynus berkata ANAK NEGERI turut mencadangkan agar jawatan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah hendaklah diisi pegawai kanan kerajaan negeri Sabah dan dipinjamkan kepada perkhidmatan persekutuan di Sabah.

Menurutnya langkah penting bagi memaksimakan kuasa kerajaan negeri ke atas imigresen, sekali gus meningkatkan ketelusan dan keberkesanan perkhidmatan imigresen di Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles