Oleh: John T.
TAMBUNAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) disini mulai runtuh apabila 100 ahli parti itu menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan rakyat) Bahagian Tambunan.
Rombongan itu diketuai mantan kakitangan Pejabat Wakil Rakyat PWR, Aloralee, yang juga dari Cawangan Noudu telah menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Dr Victor Peter Paut.
Aloralee berkata, keputusan mereka keluar parti itu dilakukan tanpa dipengaruhi atau menerima paksaan daripada mana-mana pihak.
“Kami percaya kepimpinan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Dato Victor P Paut adalah kepimpinan yang telus, ikhlas dan berwawasan untuk membawa Daerah Tambunan membangun dengan lebih baik demi kesejahteraan rakyat Tambunan.
“Kami yakin dengan cara dan daya kepimpinan Dato’ Victor P Paut untuk kemajuan Tambunan berlandaskan halatuju Kerajaan GRS. Kami b”erharap GRS akan terus menarajui kepimpinan Negeri Sabah selepas PRN nanti,” kata Aloralee.
Beliau juga menjangkakan lebih ramai ahli STAR yang akan menyertai Gagasan Rakyat bagi membantu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merampas kerusi DUN Tambunan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRU17), 29 November ini.
“Kami akan akan memberi sokongan padu dan memberi undi kepada GRS pada pilihan raya nanti,” katanya.
Sementara itu, Victor menyifatkan keputusan Aloralee dan bekas ahli STAR menyertai Gagasan Rakyat langkah bijak kerana menyerdari akan halatuju dan perjuangan Gagasan Rakyat.
“Sudah pasti dengan kehadiran mereka ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Gaggasan Rakyat Tambunan bagi menghadapi PRN,” katanya.
