Olej Yussof J. Imbang
TONGOD: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kuamut, Jalilah Apiang menegaskan, belum ada keperluan kerajaan membina perumahan mampu milik di daerah Tongod setakat ini kecuali rumah kos rendah.
Dakwaan Ketua Wanita Warisan Sabah, Nurfaiza Chua dalam sebuah laman portal minggu ini kononnya pembinaan rumah mampu milik dan perkampungan SMJ di Tongod sebagai retorek dan gula-gula politik adalah tidak tepat.
” Belum sampai masanya kerajaan membina rumah mampu milik di Tongod yang biasanya didirikan di bandar besar, kerana ia melibatkan harga antara RM250ribu hingga RM350 ribu seunit,
” Sudah tentu kos harga rumah yang tinggi diluar kemampuan penduduk daerah pedalaman seperti Tongod yang rata-ratanya berpendapatan rendah, ” katanya.
Jalilah mengingatkan Ketua Wanita Warisan itu, jika ingin mencari publisiti jangan berbohong kepada rakyat sebaliknya rujuklah terlebih dahulu kepada Pejabat Daerah Tongod.
Katanya, Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah baru-baru ini hanya mengumumkan pembinaan rumah kos rendah sebanyak 50 unit dengan harga jualan RM47 ribu seunit dan perkampungan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).
Jelasnya, rumah SMJ diberikan secara percuma oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada golongan berpendapatan rendah dan bantuan itu tidak pernah dilakukan semasa Warisan menjadi kerajaan.
Menurut Jalilah, tapak cadangan pembinaan rumah kos rendah sudahpun tersedia dan akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bermula awal tahun depan.
Sementara cadangan menyediakan kawasan perumahan SMJ pula akan bermula awal tahun hadapan kerana bantuan rumah itu tahun ini sudahpun dirawarkan kepada 40 penerima yang layak.
Menurutnya, satu kawasan baharu akan disediakan untuk bantuan rumah SMJ tahun depan khusus kepada penerima yang tidak memiliki tapak dan pemohon yang tidak.mempunyi aksis jalan raya, air dan elektrik.
Jalilah menasihatkan Nurfaiza, supaya berhati-hari mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat serta mengelirukan orang ramai.
” Kami bersedia menerima sebarang pandangan atau cadangan yang baik dari.pihak pembangkang, tapi biarlah pandangan itu berfakta, janganlah kutip cerita kedai kopi, ” tambahnya.