Ellron Sertai Program Pengagihan Bubur Lambuk, Bubur Kacang di Jalan Utama Keningau-Nabawan

KENINGAU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin turun padang bersama-sama dengan Wiranita STAR Sabah DUN Sook bagi mengagih-agihkan lebih sekitar 500 kontena Bubur Lambuk dan Bubur Kacang di hadapan bangunan SEDCO pekan Sook pada Jumaat.

Advertisements

Ellron yang juga Adun Sook sendiri mengagihkan bubur lambuk dan kacang tersebut kepada para pemandu yang melalui jalan utama Keningau-Nabawan.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Muslim yang akan merayakan pada 13 dan 14 haribulan nanti, amalkan Standard Operating Procedure (SOP), semoga perayaan kali ini dirayakan dengan penuh meriah meskipun kita masih diselubungi oleh wabak COVID19.

“Kita juga berharap agar rantaian wabak akan diputuskan secepat yang mungkin agar kita boleh merayakannya seperti sedia kala,” kata Ellron.

Bubur lambuk dan bubur kacang tersebut telah disediakan oleh Wiranita Star Sabah DUN N.45 Sook.

Turut hadir semasa acara tersebut ialah Setiausaha Politik KBSS Tuan Jre Jreneus Pagut, PPM Sook Tuan Tony Talasoi dan kakitangan UPPM Sook.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles