Disebalik nukilan kisah kejayaan bekas KSU anak jati Merotai Datuk Ruji Ubi 

KOTA KINABALU: Kata orang ‘tak kenal maka tak cinta’. 

Biarpun masih menjadi tanda tanya sama ada bekas Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) Perpaduan Datuk Ruji Ubi yang baharu bersara mahu menyertai arena politik atau sebaliknya, ramai netizen yang masih tidak kenal tokoh muda ini.

Dilahirkan 18 Jun 1970, anak jati Merotai itu merupakan antara penjawat awam dari Sabah yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa (Peace & Conflict Resolutions) dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia.

Sebelum menyandang jawatan KSU Kemeterian Perpaduan, Ruji pernah bertugas sebagai KSU Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan.

Selain pernah menjadi KSU, Ruji yang mesra dengan kakitangan dan rendah hati juga pernah menjadi Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO), Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Pegawai Khas Datuk Seri Mustapa Mohamed selama 9 tahun dipelbagai Kementerian.

Semasa di ESSCOM, Ruji berperanan menambah aset-aset ESSCOM seperti yang yang ada sekarang. 

Semasa di KDN, beliau berjaya membuat perolehan untuk Pejabat ESSCOM dan perolehan kuaters anggota ESSCOM di Lahad Datu.

Ketokohan Ruji sebagai penjawat awam begitu terserlah semasa di SDO.

Beliau terlibat dalam melaksanakan pelbagai projek untuk kemudahan rakyat.

Ini termasuk projek rumah-rumah panjang di Kota Marudu, projek baiki sekolah daif di seluruh Sabah, termasuk di Parlimen Kalabakan. 

Semasa di SDO juga, Ruji telah berjaya ‘menyelamatkan’ projek sakit SMK Titingan 2, SMK Kinabutan 2 dan SMK Tandek 2.

Kecemerlangan beliau dalam pentadbiran awam berterusan semasa di KDN.

Ruji telah berjaya untuk memulakan kerja-kerja tapak ICQS di Bantul, Nabawan dan ICQS Serudong di Kalabakan. 

Semasa di KDN, anak tempatan dan kelahiran DUN Merotai itu juga telah berjaya mendapatkan peruntukan untuk Projek baharu Ibu Pejabat Polis (IPD) Nabawan dan IPD Kalabakan serta membuka Pejabat Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kalabakan.

“Saya melihat bos saya dulu Datuk Ruji di ESSCOM sebagai seorang ketua yang down to earth dan humble kepada semua staf.

“Beliau begitu disenangi oleh staf ESSCOM dan komuniti setempat, dan saya percaya jika Datuk Ruji memilih untuk menyertai bidang politik selepas bersara, saya lihat beliau memiliki ciri-ciri pemimpin rakyat yang baik,” kata Newmond Tibin.

Newmond merupakan bekas Pengarah Bahagian Keurusetiaan ESSCOM sebelum dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya.

“Datuk Ruji sememangnya seorang bos yang berwibawa yang juga boleh diterjemahkan sebagai Yang Bekerja atau Yang Berkhidmat,” katanya.

Newmond berkata sebagai CEO ESSCOM, Ruji sentiasa turun padang dan bersedia untuk mendengar masalah serta keluhan komuniti di kawasan ESSZONE atau pantai timur, terutama yang ada kaitan aktiviti kemasyarakatan dan keselamatan.

Selain itu, sewaktu bergelar KSU Kementerian Dalam Negeri, Ruji sentiasa mengambil berat soal kebajikan para petugas di ibu pejabat ESSCOM Lahad Datu yang akhirnya menyaksikan perolehan kuaters anggota ESSCOM.

“Walaupun Datuk Ruji sudah bersara, namun kita berharap beliau boleh kiranya terus menabur bakti kepada rakyat setempat di kawasan kelahirannya di Merotai di waktu masa lapang,” kata Newmond

Related Articles

253FansLike

Latest Articles