Oleh Penulis dan Penganalisis Politik Musli Oli
KOTA KINAbALU: Di Sarawak bila tiba pilihanraya negeri atau pilihanraya umum tidak kita dengar Slogan ‘Sarawak for Sarawakian’.
Sungguhpun tiada slogan itu namun hampir 100% ketua-ketua jabatan Persekutuan di Sarawak terdiri daripada anak negeri Sarawak. Anak-anak Sarawak yang menuntut di IPTA mendapat bermacam-macam kemudahan dari kerajaan negeri.
Sabah for Sabahan sebenarnya bukan slogan yang baru. Slogan itu kerap berbunyi setiap kali pemimpin politik ingin mendapat sokongan tanpa perlu modal yang besar.
Dengan hanya bermodalkan sentimen dan emosi slogan itu pernah menumbangkan sebuah parti politik yang kaya raya dan sebuah kerajaan negeri yg disokong ‘sink and swim’ oleh kerajaan Persekutuan.
Peristiwa tahun 1985 itu menjadikan slogan itu bergema semula pada hari ini untuk membakar kembali semangat rakyat yang sedang dihimpit kemiskinan, berdepan dengan masalah asas yang teruk, bekalan air dan letrik yang kerap terputus, kesukaran mendapat pekerjaan dan bermacam-macam cabaran hidup.
Tiada cara terbaik untuk memujuk sokongan rakyat yang sedang marah melainkan dengan cara mengalih perhatian mereka bahawa masalah yang dihadapi oleh mereka bukan salah pemerintah tetapi merupakan salah orang luar!
Angkara parti-parti dari Malaya dan pemimpin Persekutuan.
Hakikat sebenarnya apa yang tersirat dalam Slogan itu tidak ditunai pemimpin Sabah sendiri ketika mereka sedang selesa dalam pundak kuasa.
Misalnya perlantikan jawatan-jawatan kanan dalam kerajaan telah ujud persefahaman dalam pengagihan jawatan itu kepada kaum-kaum utama – bumiputera Islam dan suku KadazandusunMurut.
Ini bukan perjanjian bertulis tetapi gentle agreement yang pemimpin kita hari ini telah overlooked walaupun kononnya memperjuangkan slogan Sabah for Sabahan.
Semasa merunding kemerdekaan telah ada persefahaman antara bapa-bapa kemerdekaan seperti Donald Stephen dan Datu Mustapha dimana jika KM mewakili kaum Kadazandusun maka TYT dilantik dikalangan pemimpin bumiputera Islam.
Begitu juga jika KM diwakili bumiputera Islam TYT hendaklah dipilih dari kalangan pemimpin Kadazandusun Murut. Bukan semua dibolot satu kaum.
Demikian halnya dengan jawatan-jawatan seperti SUT, Ketua Jabatan dan sebagainya.
Apa yang ketara hari ini jawatan kanan seperti SUT dan Pengarah dibolot dari satu kaum sahaja. Jadi slogan itu untuk apa? Untuk menang pilihanraya lepas itu kita buang ke tong sampah?