KIULU: Naib Ketua Penyelaras KDM Kiulu Gundohing Joluin Joiruh hari ini meluangkan masa menziarahi bekas guru Johny Ginggu yang kehilangan isteri Januari lepas.
Joluin yang diiringi penyokong KDM, termasuk Ketua PDM Pekan Kiulu Mison Gorob turut memberi kata-kata semangat kepada Johny yang kehilangan isteri tersayang mendiang Theresa Binti Simok, untuk terus tabah meneruskan kehidupan.
Joluin mewakili Ketua Penyelaras KDM Kiulu Gundohing Henry Saimpon yang juga Naib Presiden KDM.
“Kita dalam KDM Kiulu amat mendokong amalan sokong menyokong dalam apa juga keadaan tanpa mengira fahaman politik,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.
Sempena pemergian isteri yang ke-100 hari, Johny menzahirkan ucapan terima kasih kepada rombongan pimpinan KDM Kiulu yang sudi datang ke kediamannya di kala keluarganya masih dalam tempoh bersedih.