Victor bantu pelajar lepasan SPM Tambunan lanjut pengajian ke NBUC

TAMBUNAN: Seramai 100 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tambunan bakal menerima tajaan yuran pendaftaran untuk melanjutkan pengajian di North Borneo University College (NBUC).

Setiap pelajar berkenaan akan menerima RM200 setiap seorang tajaan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Victor P. Paut.

Victor berkata, beliau telah menyatakan kesediaannya untuk menyalurkan tajaan tersebut selepas menerima permohonan daripada NBUC.

“Saya telah bersetuju untuk menaja kewangan pendidikan ini selepas mengambil kira kebajikan pelajar lepasan SPM Tambunan bagi membantu meringankan bebanan mereka melanjutkan pengajian di peringkat universiti,” katanya.

Victor berkata, beliau amat mengambil berat terhadap kepentingan pendidikan di kalangan pelajar Tambunan dan mahu melihat mereka memiliki masa depan yang lebih baik.

“Ini adalah keutamaan saya untuk membantu dan memastikan Tambunan dapat melahirkan pelajar cemerlang dan berkemahiran tinggi.

Kerana mereka ini juga bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa akan datang,” katanya.

Antara bidang pendidikan yang ditawarkan NBUC ialah Aviation dan Aircraft Maintenance, Perniagaan dan Perakaunan, Jurukur dan Geomatik, Perhotelan dan Pelancongan, Pembuatan Pastri dan Kulinari, Multimedia dan Animasi serta Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Kelebihan pengajian adalah on-job training disediakan, Akreditasi MQA dan diiktiraf JPK, penyediaan bantuan Kewangan, penyediaan asrama dan bas.

Pendaftaran akan diadakan pada 10 April 2025 dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, di Dewan Pisompuruan Tambunan (depan pentas)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles