Suhaimi ziarah OKU, warga emas uzur

SANDAKAN: Usaha membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang uzur sentiasa menjadi keutamaan Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir.

Suhaimi telah menyantuhi golongan OKU dan warga emas uzur di rumah mereka bagi menyampaikan sumbangan zakatnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata tujuan ziarah kasih itu adalah untuk memahami pelbagai latar belakang masyarakat yang menerima bantuan dan mendengar terus cabaran yang mereka hadapi.

“Kita juga mahu menyemai semangat kebersamaan, meringankan beban golongan memerlukan serta menyemarakkan nilai-nilai murni dalam kalangan masayarakat,” katanya selepas Program Jelajah Ramadan 2025 Ahli Parlimen Libaran.

Suhaimi berkata ini adalah satu usahanya mendekati dan mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Ini adalah salah satu kaedah yang membolehkan kita dengan rakyat berhubung terus dan melihat permasalahan dihadapi,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Libaran itu meminta masyarakat agar mengubah tanggapan agar tidak menganggap golongan OKU sebagai beban dan tidak mampu berdikari, walhal realitinya ramai dikalangan mereka ini mempunyai pekerjaan yang menyumbang kepada ekonomi dan sosial negara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles