Suhaimi zahir ucapan terima kasih kepada Menteri Pendidikan

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang telah meluluskan peruntukan RM200 ribu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Juhar Sandakan.

Suhaimi berkata peruntukan RM200 ribu menaik taraf kemudahan sekolah merupakan salah satu usaha yang terbaik menteri bagi memastikan kemudahan-kemudahan di sekolah ini dalam keadaan baik dan beri manfaat kepada pelajar.

“Peruntukan ini dilihat sebagai satu tindakan kementerian dalam memartabatkan institusi pendidikan kearah lebih baik dengan memiliki kemudahan persekolahan yang dapat digunakan dengan selesa oleh para pelajar dan guru-guru serta warga sekolah,” katanya selepas mengiringi Fadhlina pada majlis bersahur bersama Pelajar-Pelajar di SMKA Tun Juhar.

Sebelum itu, Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah telah menyambut ketibaan Fadhlina serta rombongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Lapangan Terbang Sandakan.

Suhaimi memohon kepada KPM supaya meneliti sekolah-sekolah daif yang terdapat dalam parlimen Libaran ini.

“Saya telah bangkitkan isu sekolah daif dalam Parlimen Libaran di Dewan Rakyat yang memerlukan perhatian serius Menteri Pendidikan dan KPM dapat diselesaikan dalam usaha memberikan prasarana pendidikan terbaik.

“Sekolah-sekolah daif tersebut adalah tidak kondusif untuk pelajar dan mereka terpaksa berhadapan dengan risiko keselamatan memandangkan bangunan sekolah yang tidak selamat,” tegasnya.

Suhaimi percaya Menteri Pendidikan akan menyediakan peruntukan tambahan untuk menyelesaikan isu 16 buah sekolah daif dalam Parlimen Libaran.

“Saya turut menyambut baik hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran sifat sekolah daif menjelang 2029,” katanya.

Gambar
Suhaimi berkata sesuatu kepada Fadhlina (gambar kiri) dan bersahur bersama pelajar SMKA Tun Juhar (gambar kanan)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles