Keprihatinan Madius mendapat penghargaan Jemaat SDA Kg Monggis

TAMPARULI: Jemaat Gereja Seventh Day Adventist (SDA) di Kampung Monggis Tenghilan di sini menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang hadir bergotong – royong dan menyumbangkan atap zink bagi kegunaan gereja.

Advertisements

Pastor gereja berkenaan, Duani Pantai menyifatkan bantuan tersebut sebagai satu keprihatinan yang sangat dihargai oleh penduduk setempat.

“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan atap zink ini.

“Sumbangan ini amat bermakna bagi kami kerana gereja ini bukan sahaja tempat beribadah, tetapi juga menjadi pusat komuniti bagi penduduk kampung.

“Keprihatinan beliau terhadap keperluan kami sangat dihargai,” katanya ketika ditemui media pada Ahad.

Selain sumbangan tersebut, penglibatan aktif Madius dalam pelayanan masyarakat dan aktiviti gotong-royong juga disifatkan penduduk kampung sebagai seorang pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat.

Menurut seorang lagi penduduk kampung, Ronie Jonathan, kehadiran Madius sendiri untuk turun padang membuktikan komitmen beliau terhadap kesejahteraan komuniti.

“Bukan sekadar menyumbang, tetapi beliau juga turun padang dan bersama-sama kami bergotong-royong.

“Ini menunjukkan keikhlasan dan keprihatinannya terhadap penduduk di sini. Kehadiran Datuk Seri memberikan semangat kepada kami semua,” katanya.

Untuk rekod, keprihatinan Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) itu mendapat pujian ramai sejak sekian lama kerana sering turun padang bersama rakyat.

Pada Sabtu lalu juga menyaksikan Madius turut melayani masyarakat dalam acara gotong – royong bersama penduduk Kampung Lokub.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles