Sokongan rakyat terhadap KDM masih utuh – Edward Kandok

KENINGAU: Sokongan rakyat terhadap KDM terus kukuh dan semakin meningkat walaupun presiden parti tempatan itu tidak berjaya dalam rayuan terakhir di peringkat mahkamah persekutuan.

Advertisements

Penyelaras KDM Sook, Gundohing Edward Kandok berkata tanggapan sesetengah pihak bahawa riwayat KDM akan berakhir meleset, sebaliknya kisah itu akan menjadi azimat penguat kepada parti untuk terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang, termasuk isu berkaitan MA63.

“Perjuangan KDM belum selesai dan saya percaya dengan berkat keazaman pemimpin dan ahli KDM yang setia, parti tempatan KDM ini mampu melakukan kejutan dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Edward yang juga naib ketua KDM Parlimen Pensiangan optimis kepimpinan baharu yang diterajui timbalan presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda berupaya membawa parti itu ke landasan yang betul seperti yang diinginkan oleh Datuk Peter Anthony.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kepada pimpinan KDM yang masih setia dan tidak mudah mengalah dalam perjuangan membela nasib rakyat Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles