KOTA KINABALU : Kerajaan perlu memberi keutamaan ‘ agar pengisian jawatan Pengarah Kastam Sabah mesti diterajui oleh anak tempatan Sabah.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya berkata, ini berikutan anak tempatan benar-benar layak serta lebih berpengalaman di dalam mentadbir Jabatan Kastam Negeri Sabah.
Katanya, pengisian jawatan ini sudah kali kedua diberikan kepada bukan anak tempatan berasal dari Sabah.
“Langlah ini menjadikan seolah-olah melupakan ini selaras dengan konsep ‘Borneonisation’ yang dipersetujui semasa pembentukan gagasan Malaysia.
“Kita melihat ada beberapa anak tempatan Sabah mempunyai kelayakan di Jabatan Kastam Sabah mengisi jawatan tersebut di dalam tempoh terdekat,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yazri berkata, sudah semestinya jika diberikan peluang lebih ramai penjawat awam tempatan dari Sabah berpeluang dilantik sebagai ketua jabatan di Sabah.
“Ini seterusnya memberikan pengalaman berkhidmat di negeri sendiri selaras dengan konsep ‘Borneonisation’ yang dipersetujui semasa pembentukan gagasan Malaysia.
“Secara tidak langsung langkah ini bagi mengiktiraf kewibawaan pegawai kanan Kastam Sabah dilantik terutamanya dalam kalangan anak tempatan Sabah,” jelas Mohd Yazri.
Menururnya, ini juga membuktikan UMNO Sabah memperjuangkan hak-hak Sabah selaras dengan konsep ‘Borneonisation’ yang dipersetujui semasa pembentukan gagasan Malaysia.
“Pemuda UMNO Sabah mahu keutamaan pengisian jawatan dan penempatan pegawai kanan Kastam Sabah mesti diberikan kepada pegawai yang merupakan anak tempatan Sabah.
“Ketika ini, beberapa ketua jabatan (pengarah) diketuai anak tempatan antaranya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Imigresen, Jabatan Penddidikan Negeri Sabah serta beberapa agensi lain di negeri ini,” kata Mohd Yazri.
Beliau menggesa pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat isu ini sekali gus berusaha untuk menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.
“Kita juga menggesa agar proses kenaikan pangkat ini dipermudahkan, berikutan terdapat ramai anak tempatan Sabah berkhidmat di Kastam Sabah berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut,
“Anak Sabah wajar diberikan peluang menjadi Pengarah Kastam Sabah. Ini kerana, anak Sabah lebih memahami situasi, trend jenayah dan isu di negeri asal mereka berbanding yang berasal dari negeri lain,” tambah Mohd Yazri.