KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berpendapat bahawa kelamatan pelaksanaan sesuatu projek di negeri ini bukan semata-mata disebabkan isu tanah dan kos projek.
Sebaliknya, beliau berkata amalan birokrasi yang sudah berlanjutan lama dalam urus tadbir kerajaan negeri turut menyumbang kelewatan itu.
“Persoalannya adakah pihak pentadbiran kerajaan negeri bersedia untuk menerima longgokan peruntukan persekutuan dengan tidak melaksanakan urustadbir yang cekap dan jumlah kakitangan diperlukan mengikut keperluan semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkat pemerolehan tanah dn nilai projek mengikut masa bukan menjadi isu utama sehingga melambatkan pelaksanaan projek.
“Isu tanah ialah isu subjektif bukannya objektif jika kita tahu keperluan utama sesebuah projek itu dibuat dalam sentimen ini, keperluan rakyat menjadi keutamaan dalam mengatasi birokrasi dalam urus tadbir kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya masalah nilai projek
semasa menyaksikan ada keperluan yang melibatkan komunikasi menang-menang.
“Berlakunya kelambatan adalah disebabka tiada keutamaan akal fikiran pentadbir kita untuk rakyat Sabah, permulaan projek rakyat mesti boleh dimulakan, tambahan kos mesti dilakukan diantara dua pihak dengan situasi menang-menang,” katanya.
Dalam hal ini, Jeffery berkata pewujudan jawatan dan pelantikan kakitangan yang berkenaan mesti dilakukan dengan segera.
“Contoh untukJKR negeri, pelantikan tambahan jawatan profesional dan separa profesional mesti dilaksanakan segera kerana banyak longgokan peruntukan projek tidak dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan.
“Kita tidak boleh sentiasa menjanjikan rakyat dengan segala alasan yang dianggap tidak munasabah.
“Isu air, elektrik dn jalanraya dapat diselesaikan dalam tempoh yang signifikan jika keutamaan-keutamaan tersebut kita gerakkan,” katanya.