Wanita UMNO Sabah siap Sedia bantu jentera hadapi PRN Ke-17

KOTA KINABALU,: Wanita UMNO Sabah siap sedia bergerak membantu jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijangka paling sengit dan mencabar.

Advertisements

Menurut laporan UMNO Online, Ketua Wanita UMNO/Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Noraini Idris memaklumkan bahawa keutamaan kini tertumpu kepada kesiapsiagaan melibatkan anggota jentera amat penting apatah lagi PRN kali ini dianggap lebih mencabar terutama dalam mendepani isu-isu yang berbangkit.

Beliau mengakui bahawa Wanita adalah jentera utama barisan hadapan parti dalam setiap pilihan raya.

“Wanita UMNO adalah jentera utama barisan hadapan parti. Setiap kali pilihan raya, kami bekerja keras menyantuni pengundi di akar umbi untuk memastikan kemenangan calon-calon BN.

“Kami sedar bahawa cabaran yang ada semakin besar pada PRN kali ini, maka adalah penting untuk kami sentiasa mempersiapkan diri dan jentera secara holistik kami agar dapat mencapai kejayaan,” katanya pada Selasa.

Katanyq dalam mengharungi cabaran semasa, Wanita perlu sentiasa memperkukuh kerjasama dan lebih fokus terhadap tindakan selain memelihara kesepaduan di segenap penjuru.

Terdahulu pemukiman Wanita UMNO Sabah diaksana selama dua hari pada 8-9 Februari lalu yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Sahfri Aziz, dan Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar di samping kepimpinan Wanita Negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles