KOTA KINABALU: Pimpinan Pakatan Harapan Sabah (PH), khususnya PKR diminta menyatakan pendirian secara jelas hubungan yang dirancang, sama ada mahu bersama Barisan Nasional (BN) Sabah bagi menghadapi PRN yang akan datang.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Momamed berkata ini penting susulan kenyataan pemimpin PKR Sabah yang disifatkan “dangkal” dan dilihat tidak menghormati hubungan baik BN dan PH, terutama dalam kerajaan Madani.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin dalam media sosial yang memperingatkan parti lain termasuk anggota PH sendiri supaya tidak menumpang usaha PKR di Tanjung Aru.
“Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak harus dikeluarkan. Usaha apa yang dilaksanakan? Adakah usaha-usaha sebelum PRN itu d kira kerja yg telah dlaksanakan dari dulu?
Jeffery berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan sesiapa sahaja boleh menjadi calon tidak kira ada parti atau tidak (bebas).
“Kalau PH Sabah merasakan tiada kepentingan untuk bertanya dengan BN Sabah terlebih dahulu mengenai kerusi yang ditandingi, nyatakan ‘stand’ secara jelas hubungan yang dirancang untuk bersama BN Sabah,” kata Jeffery.
Katanya UMNO Sabah memikirkan nasib rakyat negeri ini yang sedang dibelenggu pelbagai permasalahan infrastruktur yang semangkin tidak menentu.
“Soal kerusi dan calon adalah soal dasar kedua yang kita berikan kepada rakyat Sabah tetapi soal utamanya ialah apa tawaran yang terbaik untuk rakyat Sabah,” katanya.
Sebelum ini, PH Sabah menyatakan sokongan GRS pimpinan Datuk Seri Hajii Noor mana GRS pula bersedia bekerjasama dengan PH bagi menghadai PRN akan datang.
Untuk rekod, BN merupakan antara gabungan parti utama yang memainkan peranan penting sehingga kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dibentuk di peringkat persekutuan.
Pada PRN Sabah yang lepas, PKR menang dua kerusi masing-masing di Dun Inanam dan Api-Api.