Rakan PH perlu hormati proses demokrasi pemilihan pengerusi PH Sabah

KOTA KINABALU: Rakan komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah perlu menghormati proses demokrasi dan lebih utamakan cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang boleh diadakan bila-bila masa.

Advertisements

Menurut kenyataan bersama pemuda UPKO, DAP dan Amanah, pemilihan Datuk Ewon Benedick sebagai pengerusi PH Sabah adalah berlandaskan kepada perlembagaan PH.

Malah, menurut mereka pemilihan pengerusi PH sebelum ini dijalankan menerusi proses demokrasi dengan kehadiran dan persetujuan semua parti komponen.

Pemuda Pakatan Harapan Sabah (Angkatan Muda Harapan) yang terdiri daripada Upko, Dap dan Amanah menyokong penuh Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah yang baharu.

Perlembagaan PH perlu difahami dan diterima dengan berlapang dada agar isu-isu lain di Sabah yang lebih penting serta perlu diutamakan dapat ditangani sebaiknya.

Oleh itu, lebih baik parti komponen perkukuhkan jentera masing-masing bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang boleh diadakan bila-bila masa dalam tempoh 10 bulan ini.

Kita perlu menghormati parti komponen bagi memastikan keharmonian tidak terjejas disebabkan kekuatan PH Sabah adalah hasil kerjasama politik yang sudah terjalin sebelum ini.

Pemuda PH Sabah percaya rakan-rakan komponen cukup matang dalam membuat keputusan dan kerjasama kukuh yang terjalin selama ini akan tetap diteruskan untuk memastikan PH Sabah terus relevan di mata rakyat.

Felix Joseph Saang
Ketua Angkatan Muda Harapan (Pemuda PH) Sabah

YB Vivian Wong
Ketua Dapsy Sabah

Salleh Jatil
Ketua Pemuda Amanah Sabah

Related Articles

253FansLike

Latest Articles