Ewon hargai khidmat mantan ketua-ketua adat, katua kampung dan mpkk DUN Kadamaian

KOTA BELUD: Seramai 238 mantan ketua-ketua adat, ketua kampung dan pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaiah bagi lantikan sesi 2018-2020 menerima sijil penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Advertisements

Ewon menyampaikan penghargaan dan hamper kepada mantan-mantan ketua adat, ketua kampung dan pengerusi MPKK kawasan Kadamaian di Dewan Terbuka Kadamaian Square Taginambur, di sini, kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraisah Munirah Majilis, mantan ADUN Kadamaian Datuk Yapin Gimpoton, mantan Ketua Daerah Kadamaian, Jaintin Molondoi dan mantan PPM Kadamaian, Saikom Watis.

Ketika berucap pada majlis itu Ewon bertekad akan terus membawa pembangunan di kawasan Kadamaian walaupun kini dalam blok pembangkang.

“Saya akan terus memainkan peranan semak dan imbang berkenaan keperluan pembangunan dan isu-isu rakyat Kadamaian.

“Sepanjang tempoh 2018-2020, kita telah melihat keprihatinan Kerajaan berkenaan keperluan pembangunan di Kadamaian, dan itulah yang harus dituntut oleh rakyat Kadamaian terhadap Kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles