KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin menghadiri Persidangan Meja Bulat Siri 1/2021 Gelombang Pengundi Muda dan Tonggak Negara di Auditorium Unitar International University, Petaling Jaya, Sabtu lepas.
Menurutnya persidangan itu telah memberi peluang untuk bertukar pendapat terutama isu semasa yang membabitkan kepentingan belia termasuk isu Undi18.
“Saya sendiri sentiasa memberikan kerjasama dalam memastikan suara belia terus didengar oleh pihak atasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada majlis itu, Ellron disertai Setiausaha Tetap KBS, Sr Yusrie Abdullah, Setiausaha Politik Jre Jreneus Pagot, Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Ahmad Farid Sainuri dan pegawai menteri.
Turut hadir dalam persidangan tersebut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yb Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Sementara itu, pihak penganjur menyambut baik sokongan dan komitmen yang dipamerkan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah dan berharap kerjasama seumpama itu berterusab pada masa hadapan.
Persidangan tersebut dirasmikan oleh Datuk Dr Haji Marzuki Mohamad yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES.
Personaliti selebriti terkenal, Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar pula menjadi moderator untuk persidangan tersebut yang melibatkan tiga pembentangan iaitu;
Pembentangan Pertama YBrs Dr Vellapandian Ponnusamy Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES
“Kesedaran dan Kesediaan Golongan Belia Sebagai Pengundi”
Pembentangan Kedua YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dato Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
Naib Canselor UNITAR International University
“Pendidikan dan Pembangunan Golongan Belia Sebagai Pengundi Bertanggungjawab”
Pembentangan Ketiga YBrs Encik Tharma Pillai Advocacy Director, UNDI18
“Mengundi Seawal Umur 18 tahun Mengiktiraf Peranan Belia”
Seterusnya,selepas sahaja ketiga-tiga pembentangan tersebut selesai, YBrs Dr Vellpandian Ponnusamy membentangkan pula Resolusi Persidangan Meja Bulat: Gelombang Pengundi Muda kepada para hadirin.
Ucapan penutup disempurnakan oleh YBrs Encik Mohammed Shah Andrew Ibrahim yang juga merupakan Ketua Bahagian Perancangan Strategik, UNITAR International University.